Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Wednesday, 22 January 2014

Anak Sanggup Bawa Bapa Lumpuh Ke Asrama, Demi Kasih Sayang



China – Demi kerana kasihkan bapa, seorang anak, Guo Shijun sanggup membawa bersama bapanya yang lumpuh untuk tinggal di dalam bilik asrama di universitinya, bagi memudahkan dia menjaga lelaki berkenaan.
Meskipun berdepan dengan cabaran dan kesukaran menguruskan bapanya yang hanya terbaring di atas katil, Shijun berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan di universitinya.
Shijun, 20, berasal dari keluarga miskin dan ketika kecil, dia berdepan dengan pelbagai masalah malahan ibunya juga menghidap penyakit mental.
Sejak itu, Shijun dan bapanya menjaga wanita itu namun malang menimpa apabila bapanya terjatuh daripada jambatan setinggi 15 meter ketika sedang bekerja di Anhui.
Keadaan ini menyebabkan bapanya menjadi lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah.
Ketika berdepan dengan masalah itu, Shijun tidak putus asa malah mendapat gred cemerlang di sekolah hingga melayakkannya memasuki universiti.
Bagi memudahkannya menjaga bapanya, dia meminta kebenaran pihak universiti untuk membawa lelaki itu ke asramanya.
Sementara ibunya pula ditinggalkan dengan datuk dan neneknya.
Bagi membiayai kos menjaga bapanya itu, dia meminjam wang daripada rakan dan keluarga termasuk bayaran tuisyen.
“Saya tidak boleh katakan bahawa kehidupan ini adalah mudah namun saya tidak mahu mengeluh.
“Saya berdoa selepas saya tamat belajar nanti, keadaan akan menjadi lebih baik,’’ katanya.

Sunday, 19 January 2014

Lelaki Ini Berpura-Pura Mati Depan Bakal Isterinya Sebelum Mengahwininya

Seorang lelaki Rusia yang ingin menguji sama ada calon isterinya benar-benar mencintainya hingga mati, rela "mati" untuk membuktikannya sebelum akhirnya melamar si kekasih. Alexey Bykov, 30, dari Omsk, bahkan menyewa seorang pengarah filem, pelakon pengganti, perias artis hingga penulis naskah untuk membuat sebuah kisah pertembungan kereta yang tragis.
Kekasih Bykov, Irena Kolokov, diatur agar mencari dirinya "terkorban" di lokasi kemalangan itu. "Kami sudah merancang untuk bertemu di tempat itu. Tapi apabila tiba, situasinya sangat kacau, ada kereta pertembungan, asap di mana-mana, ambulans, dan ada orang mati, "ujar Kolokov seperti dipetik orange.co.uk, Rabu (5/9/2012).

Betapa terkejutnya Kolokov apabila melihat Alexy tergeletak di jalan dan berlumuran darah. "Pegawai paramedik mengatakan dia sudah mati dan saya menangis sejadi-jadinya," lanjut Kolokov.

Kolokov yang bersimbah air mata kembali dikejutkan apabila kekasihnya yang dikira sudah meninggal itu tiba-tiba bangun dan melompat berdiri. Dengan masih berlumur darah palsu, Bykov melamarnya.

"Saya sangat jengkel dan hampir ingin benar-benar membunuhnya lagi," seloroh Kolokov.

Untung saja Kolokov tak merealisasikan niatnya itu dan Bykov pun tetap segar bugar sekaligus gembira kerana lamarannya diterima. Pasangan ini akhirnya berkahwin minggu lalu.

"Saya hanya mahu dia menyedari betapa kosong dan tak berartinya hidupnya tanpa saya," ujar Bykov yang berjanji tak akan mengulangi keisengannya itu. Hmm, paling tidak pengorbanannya tak sia-sia ...