Saturday, 18 January 2014

Cincin Berlian bernilai RM5.2 Juta dicuri budak 10 tahun di Bukit Bintang

Gambar kedua-dua suspek yang dirakam ketika mereka berada di galeri emas itu di Bukit Bintang Khamis

PETALING JAYA: Polis sedang giat memburu sebuah sindiket yang didakwa mencuri berlian RM5.2 juta dengan menggunakan warga China yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Dalam kejadian jam 3.50 petang Khamis, sindiket yang didakwa telah menjalani latihan mencuri itu menggunakan seorang kanak-kanak untuk mengambil berlian berkenaan dari sebuah galeri emas terkemuka di Bukit Bintang.

Kedai emas yang berpangkalan di London itu mempamerkan emas dan berlian yang merupakan pilihan orang kenamaan dari serata unia

Kedua-dua suspek melarikan diri sebaik sahaja berjaya mencuri berlian bernilai RM5.2 juta
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, polis berjaya mendapatkan bukti mengenai aktiviti mencuri itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan berikutan itu seorang perempuan warga China dikesan sebagai ketua sindiket.
Kanak-kanak warga China yang dipercayai mendapat latihan untuk mencuri berlian dengan kawalan keselamatan
“Kami akan meningkat usaha untuk mengesan sindiket terbabit dan kami juga telah bersedia dengan gambar suspek yang merupakan petunjuk untuk mengesan mereka," katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, ketua sindiket tersebut memainkan peranan penting dengan ahlinya yang licik apabila berjaya melarikan cincin bernilai jutaan ringgit itu dalam beberapa minit selepas memasuki galeri berkenaan.

“Kami telah melakukan pemeriksaan di hotel berdekatan selain mengadakan sekatan jalan raya di kawasan itu untuk mengesan suspek," kataya.

ACP Khairi berkata, tindakan sindiket itu menggunakan kanak-kanak dalam aktiviti jenayah merupakan sesuatu yang membimbangkan.

“Kami berharap orang ramai yang mempunyai maklumat dapat menyalurkan maklumat di balai polis terdekat untuk membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian pada Khamis, kanak-kanak perempuan terbabit dikesan telah memberi isyarat kepada wanita yang datang bersamanya untuk melarikan diri selepas mereka berjaya mendapatkan berlian berkenaan pada jam 4.07.

Kehilangan berlian itu hanya disedari kakitangan galeri emas itu melalui CCTV.

Kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku di negara ini apabila terdapat kumpulan tempatan dikesan pernah melakukan jenayah sama beberapa tahun lalu ketika mereka berpura-pura membeli barangan kemas. -mStar

No comments:

Post a Comment