Monday, 20 January 2014

Fakta-Fakta Menarik Neil Armstrong Semasa Hidup

Neil Armstrong, bekas angkasawan legenda Amerika Syarikat meninggal dunia pada usia 82 kerana komplikasi penyakit selepas pembedahan jantung. Selama masa hidupnya, Neil banyak dikelilingi oleh fakta-fakta menarik seputarnya.

Berikut ini adalah fakta-fakta menarik tentang Neil Armstrong menurut media AS yang dipetik dari reuters, Ahad (26/8/2012)



1. Neil Armstrong dibesarkan di Ohio, Amerika Syarikat. Sejak kecil minatnya sangat besar di bidang penerbangan. Neil berjaya mendapatkan izin penerbangan pada usia agak muda

2. Setelah ikut dalam misi pertempuran udara selama perang Korea, Neil mengikuti program angkasawan NASA pada tahun 1962

3. Semasa pertama kali menjejakkan kaki di permukaan bulan yang berdebu, Neil berkata: "Ini sebuah jejak kecil seorang manusia, sebuah lompatan besar bagi umat manusia,"

4. Denyut nadi Neil Armstrong terukur 150 denyut / minit ketika mendaratkan pesawatnya di permukaan bulan. Ketika ditanya NASA mengenai kesan pertamanya iya menjawab: "Tempat ini menarik untuk dikunjungi, saya merekomendasikannya,"

5. Sebuah kawah di bulan dinamakan "Armstrong" Kawah tersebut terletak sekitar 48 Km dari titik pendaratan Pesawat Neil Armstrong di bulan

6. Setelah menyelesaikan misi Apollo 11, Neil Armstrong menerima tugas dari NASA iaitu menjadi Timbalan Persatuan Administrator bidang angkasawan di Pejabat Penyelidikan dan Teknologi NASA. Setahun kemudian Neil menjadi Profesor Teknik di Universiti Cincinnati

7. Pada 2005, Neil sempat kecewa kepada tukang cukur rambutnya kerana telah mengumpulkan sisa potongan rambutnya dalam bentuk kliping dan menjualnya dengan harga 3000 USD kepada pengumpul. Si pengumpul menolak untuk mengembalikan rambut tersebut dan mengaku sudah menggabungkannya dengan benda koleksi lain dari Abraham Lincoln, Napoleon Bonaparte, Marilyn Monroe, Albert Einstein dan lain

8. Meskipun bersifat pendiam, Neil Armstrong pernah muncul di iklan televisyen Chrysler, Pengeluar automotif dari Amerika Syarikat. Neil bersedia melakukan ini dengan pertimbangan sejarah tentang Chrysler dan juga kerana ingin membantu syarikat tersebut keluar dari krisis kewangan.

No comments:

Post a Comment