Saturday, 18 January 2014

15 dikhuatiri lemas, 9 selamat bot panjang terbalik di Mukah, Sarawak

KUCHING – Lima belas penumpang sebuah bot panjang yang membawa rombongan perkahwinan dikhuatiri lemas selepas bot berkenaan terbalik hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku tengah hari ini, bot panjang berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Saei ke Kampung Tekajong, di Matu, dalam Bahagian Mukah di Sibu.

Menurut jurucakap bomba pihaknya menerima panggilan pada 1.52 tengah hari sebelum empat anggota diketuai seorang pegawai berserta sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bot dari Balai Bomba Mukah digegaskan ke lokasi kejadian.

“Bot panjang berkenaan membawa 24 penumpang, sembilan mangsa selamat manakala 15 lagi belum ditemui,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat masih dijalankan ketika ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment