Mangsa dikenali sebagai Sarliza Saidin, 29 dan anaknya, Nur Airis Khalisya Mohd Shahril, melecur 80 peratus badan dan dilaporkan kritikal. Ibu Sarliza, Som Dollah, 62, turut melecur pada tangan dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi.
“Kira-kira jam 1.30 pagi, bekas teman lelaki Sarliza datang ke rumah untuk berbincang hal peribadi sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
Sarliza dan anak (Kredit Gambar: TheStar.com.my)
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata kedua-dua mangsa yang kritikal kerana melecur dihantar ke HKL.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada salah faham atau dendam dan menyiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
“Suspek kini diburu polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya, semalam. -Berita Harian
No comments:
Post a Comment