Thursday, 23 January 2014

Anak Minta Ziana Zain Berhijab Dan Tutup Aurat

MEMANG bertuah sungguh Ziana Zain mempunyai anak lelaki yang benar-benar sayangkan ibunya sehingga meminta penyanyi dan pelakon itu mengenakan hijab serta menutup aurat.
Muhammad Aiman, 14, yang kini bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor turut menyuarakan agar Ziana memakai hijab jika mahu melawatnya di sekolah, memetik laporan GUA.

“Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; ‘bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.

Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” ujar Ziana.

Mengakui bahawa Aiman sudah beberapa kali menegurnya, dia tidak pernah memarahinya sebaliknya bersyukur kerana yakin anaknya itu akan dapat membimbing adik-adiknya suatu hari nanti.

Kami harapkan suatu hari nanti hati Ziana akan terbuka untuk berhijab dan diharap agar peminat juga mendoakan yang sama.

No comments:

Post a Comment