Sunday, 19 January 2014

Pemandu Teksi Ditipu, Penumpang Hilangkan Diri


SEORANG pemandu teksi di Singapura ditipu seorang penumpangnya yang meninggalkan sebuah kotak yang mengandungi barang tidak berguna ketika kononnya pergi untuk mengambil wang.

Pemandu itu yang dikenali hanya sebagai Koh berkata seorang lelaki meninggalkan sebuah kotak polisterin selepas memberitahu akan pergi bertemu majikannya untuk mengambil wang tambang.

Malangnya, lelaki itu tidak kembali untuk membayar tambang berkenaan dan terus menghilangkan diri.

“Lelaki itu menaiki teksi saya dari Redhill Close ke Tampines Street 83, dia meletakkan sebuah kotak besar polisterin di dalam but barang dan berkata ia perlu dihantar kepada majikannya.

“Menurutnya, majikan akan memberinya wang tambang teksi itu apabila dia tiba, dia juga kononnya membuat panggilan telefon kepada majikannya,” katanya menurut laporan laman web stomp.com.sg dari Singapura.

Sebaik tiba di destinasi tujuan, lelaki meminta Koh untuk menunggu di dalam teksi sementara dia pergi menemui majikannya mendapatkan wang tambang, tetapi dia pergi tidak kembali.

“Kotak yang ditinggalkan di belakang teksi hanyalah kotak kosong dengan barangan yang tiada nilai, dia kelihatan begitu profesional menipu tambangnya yang hanya berjumlah $19.90 Dolar Singapura,” kata Koh

No comments:

Post a Comment