3 jenazah yang ditemui petang tadi. Al-Fatihah |
DARO: Seorang lagi mangsa bot karam di Sungai Batang Lassa, Sarawak berjaya diselamatkan kira-kira jam 8 malam tadi.
Berikutan penemuan itu, bilangan mangsa yang masih hilang adalah tujuh orang manakala mangsa yang disahkan meninggal dunia kekal tiga orang.
Ketiga-tiga mangsa yang terkorban ditemui selepas kejadian tengah hari tadi manakala 16 lagi mangsa berjaya diselamatkan.
Bot panjang yang membawa 27 penumpang yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Kut, Pulau Bruit itu karam pada jam 1.40 tengah hari tadi.
Lewat petang tadi, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata operasi membabitkan anggota polis dan bomba serta penduduk kampung akan diteruskan pagi esok.
Keluarga mangsa berkumpul di Hospital Daro.
ADUN Semop Abdullah Saidol hadir. Abdullah menghadiri mesyuarat EXCO Saberkas bergegas dari Kuching ke lokasi setelah mendengar berita. Abdullah berkata bantuan segera kepada mangsa telah diuruskan oleh pihak berwajib
Ketua Polis Daerah Daro DSP Wagner Lisa berbaju merah bersama anggota polis dalam gerakan mencari mangsa yang hilang.
Gerakan mencari mangsa bot karam pada pukul 6.30pm berikutan cuaca buruk. Usaha akan diteruskan pada jam 7 pagi esok.
"Ya allah..kau permudahkan pjlnanku.. semoga aku dpt menemui ayahanda dan bondaku utk terakhir kalinya..aku redha dgn ujian mu ya allah.." Update daripada anak kepada mangsa bot karam.
Bot panjang yang membawa 27 penumpang yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Kut, Pulau Bruit itu karam pada jam 1.40 tengah hari tadi.
Lewat petang tadi, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata operasi membabitkan anggota polis dan bomba serta penduduk kampung akan diteruskan pagi esok.
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mayatmangsakeempattragedibotkaramditemui/Article/?mutakhir
Gambar:
Keluarga mangsa menunggu di Jeti Daro
Keluarga mangsa berkumpul di Hospital Daro.
ADUN Semop Abdullah Saidol hadir. Abdullah menghadiri mesyuarat EXCO Saberkas bergegas dari Kuching ke lokasi setelah mendengar berita. Abdullah berkata bantuan segera kepada mangsa telah diuruskan oleh pihak berwajib
Pasukan Bomba menggerakkan jentera penyelamat
Gerakan mencari mangsa bot karam pada pukul 6.30pm berikutan cuaca buruk. Usaha akan diteruskan pada jam 7 pagi esok.
Usaha mencari mangsa bot karam turut dibantu penduduk kampung.
"Ya allah..kau permudahkan pjlnanku.. semoga aku dpt menemui ayahanda dan bondaku utk terakhir kalinya..aku redha dgn ujian mu ya allah.." Update daripada anak kepada mangsa bot karam.
No comments:
Post a Comment