Wednesday, 22 January 2014

"ATUK" DUA CUCU DITANGKAP KHALWAT DENGAN PEREMPUAN 24 TAHUN DI DALAM KERETA


Kangar: Seorang lelaki mengugut pasukan rondaan sukarela, mendakwa dia anggota polis ketika ditangkap berkhalwat di Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat, kelmarin.

Helah lelaki berusia 48 tahun yang sudah mempunyai dua cucu itu bagaimanapun gagal kerana anggota pasukan terbabit tetap menahannya bersama pasangan, wanita berusia 24 tahun yang mendakwa berasal dari Perak.

Komander Pasukan Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga (SRS-KRT) Sungai Batu Pahat, Che Suria Che Din, berkata pihaknya menerima laporan mengenai sebuah kereta hitam dipandu berulang-alik di antara kawasan padang Golf Sungai Batu Pahat serta Taman Ular dan Reptilia di sini, jam 11 malam kelmarin.

Katanya, kereta itu kemudian berhenti di satu lokasi gelap dan tersembunyi berhampiran Mes Pegawai Polis, sebelum sepasukan lapan anggota SRS-KRT dihantar untuk menjalankan pemeriksaan, namun tidak melihat sesiapa di dalam kenderaan berkenaan.

“Pasukan itu kemudian mengesan seorang lelaki dan pasangannya berdua-duaan dalam gelap di sebuah pondok terbuka di Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat tidak jauh dari keretanya.

“Pemeriksaan mendapati mereka tiada ikatan perkahwinan atau persaudaraan, tetapi mendakwa berjiran di sebuah taman perumahan di Padang Besar,” katanya.

Kata Che Suria, lelaki terbabit dan wanita yang mengaku baru menamatkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini, diberikan saman supaya hadir ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk tindakan lanjut. - Metro

No comments:

Post a Comment