Monday, 20 January 2014

TAHNIAH! ISTERI ALLY ISKANDAR, FARAH LEE KINI HAMIL 12 MINGGU

Tahun 2014 nampaknya bermula dengan baik untuk kebanyakan selebriti-selebriti tempatan. Ramai yang berkongsi berita gembira mengenai perkahwinan dan kehamilan. Terbaru, isteri kepada Ally Iskandar, Farah Lee telah pun berkongsi kehamilan anak pertamanya yang telah pun memasuki 12 minggu. Tahniah Farah Lee dan Ally Iskandar.


Farah Lee turut berkongsi mengenai keguguran kandungan pertamanya pada 15 April 2013. Ketika itu kandungannya berusia kira-kira 7 minggu. Berikut ialah status Facebook yang telah ditulis oleh Farah Lee mengumumkan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka suami isteri:-

Significant 2 on 200112. Ulangtahun ke-2 ‘Aku Terima Nikahnya’ and we celebrate this year anniversary together with 12 weeks old lil caliph in my bump. Our 2nd baby after my miscarriage on 150413 of 7 weeks old lil boo. Feeling blessed with all those ‘gula’ and ‘garam’ during these 2 blissful years alhamdulillah


Tahniah sekali lagi buat Farah Lee dan Ally Iskandar. Jangan buat kerja berat-berat. Banyakkan berehat. Insya Allah segalanya akan berjalan lancar. Tak sabar nak menatap wajah si comel kelak. Pasti cute seperti mak ayahnya.

No comments:

Post a Comment