Friday, 24 January 2014

Gambar Pasangan Kekasih Kantoi Kena Tangkap Basah

Ini adalah gambar sepasang kekasih yang sedang asyik melakukan hubungan seks di tempat awam yang malangnya mereka kena tangkap basah oleh pihak berkuasa..Jom lihat gambarnya di bawah ini..Ingat..Bukan yang di atas ya..hehehe 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Hehehehehe...Jangan Marah Ya..

Inilah Dia Rahsia 11 Rempah Asli Ayam Goreng KFC



Seperti slogannya , Kentucky Fried Chicken ( KFC ) diiktiraf secara meluas sebagai ' Raja  Ayam Gorang ' . Daging ayam gorengnya yang juicy dibalut dengan tepung kerinting yang digoreng garing . Wanginyapun menggoda . Dicicah ke sos sambal , alamak enaknya !
Sudah banyak orang cuba meneka campuran 11 herba dan rempah rahsia yang dibuat Colonel Sanders , pengasas KFC . Namun , resipi tersebut hingga kini dijaga ketat di sebuah peti besi di Louisville , Kentucky , Amerika Syarikat .


Salah satu orang yang cuba meneka resipi rahsia ayam goreng KFC adalah pemilik akaun MZMARGO . Komposisi 11 herba dan rempah rahsia KFC ia bahagikan di laman Spark Recipes .


Apa saja bahannya ? Ternyata , komposisinya terdiri daripada lada , serbuk bawang putih , serbuk cili , dan lada hitam . Ia juga mencampurkan onion salt ( campuran garam dan serbuk bawang Bombay ) dan celery salt ( campuran garam dan serbuk biji saderi ) .


Rempah lain terdiri dari rubbed sage ( serbuk kasar daun sage ) , serbuk allspice , serbuk oregano , daun basil yang dihancurkan , dan daun marjoram yang dihaluskan . Semuanya dicampurkan masing - masing sebanyak satu sudu teh , kecuali lada dua sudu teh .


Nampaknya semua bahan berupa serbuk atau kering kerana dikacau hingga merata di botol jem . Campuran ini boleh tahan berbulan - bulan asal tutup botolnya rapat serta terhindar dari sinar matahari langsung , panas , dan lembap .


Bagaimana cara memakainya untuk membubuh daging ayam ? Menggabungkan saja empat sudu teh campuran tadi , 95 gram tepung , dua sudu makan padat light brown sugar , dan satu sudu teh garam . Masukkan semuanya ke plastik yang didobel , lalu tambahkan daging ayam dan lapisi . Goreng dan , sajikan !


Mungkin resipi ini hanya direka - reka , bukan resipi asal KFC . Namun , pemilik akaun DAMAGED262 memujinya melalui ruang komen .


" Pada tahun 1980 - an , saya mempunyai akses ke sekilogram rempah asli KFC yang tak legal kerana dicuri oleh seorang pengurus yang berhenti setelah saya keluar . Saya menggunakannya untuk apa saja , dari sayur-sayuran sehingga daging haiwan . Resipi ini mirip dengan asalnya dan sesuai dipakai untuk menggoreng , membakar , atau membakar . Terima kasih MZMARGO , " tulis DAMAGED262 .
Jum cuba resepnya di dapur ! Siapa tahu memang seenak bumbu ayam goreng buatan KFC !
( odi / fit )

Pelik..!!.Wanita Hamil Ini Ketagih Makan Dan Menghidu Bekas Lampin Kanak-Kanak


Seorang wanita hamil dari New York bernama Keyshia mempunyai ketagihan yang aneh . Ia senang memakan dan menghidu lampin kotor yang penuh kencing bayi .

Ketagihan aroma kencing itu sudah berlangsung sejak dua tahun lalu . Hingga kini Keyshia menganggarkan sudah menghirup sekitar 25 ribu lampin kotor . Lampin itu berasal dari mana saja termasuk rakan - rakannya dan orang asing .

Keyshia berkata , ia suka lampin kerana rasanya menakjubkan . Menurutnya lampin itu rasanya seperti gula-gula asam .

Gurauan Keyshia itu terungkap dalam episod My Strange Addiction di TLC . Dalam salah satu adegan menunjukkan , tunangnya Jerome mengeluh kerana Keyshia meletakkan lampin di mana - mana , termasuk di mug .

" Dia bahkan bersedia mengorek - ngorek sampah , " kata Jerome seperti dikutip HuffingtonPost , Sabtu ( 18/1/2014 ) .

Calon ibu itu berkata , ia meletakkan lampin di banyak tempat . Ia mempunyai sebuah diaper kotor ketika memasak di dapur , satu di laci , satu lagi saat dia sedang tidur , bahkan ia menyimpan beberapa di bagasi .

Pemandangan Menarik Dan Menyeramkan Di Jambatan Gantung Tertinggi Di Dunia

HUNAN - Sebelum jambatan ber-suspensi terpanjang dan tertinggi dunia di China ini dibuka, beberapa orang berani mencabar maut demi membuat pembinaan gergasi itu kelihatan berkilat.

Satu kesalahan sahaja, pekerja jambatan berwarna merah sepanjang 1.176 meter di Jishou, Hunan, China itu akan mempertaruhkan nyawanya. Mana mungkin ia selamat jika jatuh dari ketinggian 335 meter.


Ia tak mengenakan tali keselamatan dan berjalan di atas pembinaan besi itu, membawa sapu lidi untuk bersih-bersih. Beberapa sibuk mengecat sana-sini, agar seluruh rangka besinya berwarna merah.

Jambatan ini, seperti diberitakan Daily Mail, mula dikonstruksikan pada Oktober 2007. Pekerjaan besar mereka sudah diselesaikan sejak akhir 2011 lalu.

Sejak awal minggu ini, pengguna jalan sudah boleh menikmati infrastruktur yang dibuat untuk meringankan beban lalu lintas wilayah Jishou itu.

Jambatan dengan empat lorong tersebut merupakan yang keempat di dunia dibina menyeberangi lembah begitu jauh, sehingga tampak menghubungkan dua puncak gunung.

Meski panjang, jambatan ini hanyalah sebahagian kecil dari laluan 64 kilometer Jishou-Chadong Expressway yang setengah rutenya berupa 18 terowong.














3 Gambar dua Tuan Guru sedang uzur di hospital. Doa anda dipinta

Ustaz Haron Din di wad IJN



Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib dilaporkan sedang uzur dan terlantar di hospital. Keadaan Datuk Harun Taib kini belum sedarkan diri manakala Datuk Dr Haron Din dikatakan telah stabil.

Menurut info, Datuk Harun Taib pengsan semalam sebelum dimasukkan ke hospital.

Dua tokoh agama ini memang sukar ditukar ganti, umat Islam di Malaysia tanpa mengenal warna parti tetap menghormati ketinggian ilmu agama dua tokoh ini.

Manakan tidak, walaupun berjuang berlandaskan politik, dua tokoh ini tetap meletak Islam yang pertama dan teratas. Contoh dapat dilihat melalui ketegasan mereka berdua dalam isu Kalimah Allah apabila keduanya tetap dengan prinsip menolak penggunaan kalimah itu oleh agama lain di Malaysia.

Kita doakan kesihatan tokoh ini. Semoga mereka berdua cepat sembuh dan terus mendukung perjuangan Islam di negara ini.


Ustaz Harun Taib di wad Hospital Besar Kuala Terengganu




Mahkamah Rimba Arah Gadis Dirogol Bergilir Gilir


India – Seorang gadis berusia 20 tahun kini dalam keadaan kritikal selepas `mahkamah rimba’ di kampungnya mengarahkan dia dihukum rogol setelah didapati bersalah menjalin hubungan dengan seorang pemuda dari kampung bersebelahan.

Hukuman kejam itu dilakukan oleh sekumpulan 13 lelaki dengan 10 daripada mereka adalah juri dalam mahkamah rimba berkenaan.

Di sebalik keadaannya yang kritikal itu, mangsa sempat memberitahu ceritanya kepada The Times of India bahawa dia menjalin hubungan dengan seorang lelaki.

“Saya dan kekasih saya diseret di depan ketua kampung. Mereka mengarahkan kami membayar £490. Apabila kami menyatakan bahawa kami tidak mampu membayarnya, saya telah diperlakukan dengan kejam,’’ katanya kepada akhbar tersebut.

Kejadian itu bermula apabila ketua kampung tersebut melihat gadis itu dan kekasihnya sedang duduk berdua-duaan.

Ketua kampung bersama dengan penduduk di situ kemudiannya telah mengheret pasangan kekasih berlainan agama itu ke tempat perbicaraan dan di situ bermulalah undang-undang rimba.

Menurut polis, kekasihnya diarah membayar wang dan jika gagal berbuat demikian maka pemuda di kampung itu akan `berseronok’ dengan gadis tersebut.

Gadis itu yang diikat di pokok kemudiannya telah dipindahkan ke sebuah bangsal selepas teman lelakinya gagal membayar wang berkenaan.

Dia dikurung dalam bangsa selama semalaman dan dirogol bergilir-gilir secara berterusan manakala keluarganya pula tidak dibenarkan keluar rumah.

Dia diselamatkan selepas keluarganya berjaya melepaskan diri dan membawa gadis itu ke pusat perubatan namun dia dipindahkan ke hospital selepas berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan.

Hanya ketika dia berada di hospital barulah perkara keji itu terbongkar dan laporan dibuat kepada polis

Tawar RM433j Untuk Kahwini Anak Lesbian


Hong Kong – Seorang jutawan tempatan menggandakan jumlah tawaran wang kepada mana-mana lelaki yang berjaya menambat hati anak perempuannya yang lesbian untuk berkahwin.

Tawarannya sebanyak HK$500 juta (RM215 juta) yang dibuat tahun lalu sudah menarik minat 20,000 calon dua tahun lalu.

Cecil Chao, 77, mengikut laporan The Edge Malaysia, menggandakan tawaran itu kepada RM433.1 juta kepada lelaki yang berjaya menawan hati anaknya, Gigi.

“Saya tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi kehidupan anak saya. Saya cuma mahu dia berkahwin dengan baik dan mendapat anak yang bakal mewarisi perniagaan saya,” kata Chao Tetapi tindakan Chao membuat tawaran untuk mencari jodoh buat anaknya menyebabkan Gigi dan “pasangannya” Sean Eav kecewa.

“Saya tidak yakin tawaran itu akan menemukan saya dengan lelaki idaman saya,” kata Gigi kepada sebuah media tempatan.

“Saya lebih gembira dan berbaik dengan lelaki yang sanggup menderma kepada badan kebajikan saya dan yang penting, mereka tidak kisah saya sudah mempunyai ‘isteri’. “Terakhir sekali, terima kasih ayah, saya sayang ayah juga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Gigi dilaporkan hampir mengahwini Eav – pasangannya selama sembilan tahun – dalam satu majlis di Perancis pada awal 2012, kerana perkahwinan sesama jantina tidak diiktiraf di Hong Kong.

Tawaran Chao yang mendapat perhatian seluruh dunia sebelum ini gagal mengubah pendirian Gigi mengenai cara hidupnya.

Gigi memberitahu media, tindakan ayahnya itu melambangkan betapa besar kasih sayang ayahnya terhadapnya.

Pengarah filem dari Britain, Sacha Baron dilaporkan sedang menyiapkan sebuah filem berdasarkan kisah Chao dan Gigi. – AFP

Thursday, 23 January 2014

Anak Minta Ziana Zain Berhijab Dan Tutup Aurat

MEMANG bertuah sungguh Ziana Zain mempunyai anak lelaki yang benar-benar sayangkan ibunya sehingga meminta penyanyi dan pelakon itu mengenakan hijab serta menutup aurat.
Muhammad Aiman, 14, yang kini bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor turut menyuarakan agar Ziana memakai hijab jika mahu melawatnya di sekolah, memetik laporan GUA.

“Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; ‘bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.

Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” ujar Ziana.

Mengakui bahawa Aiman sudah beberapa kali menegurnya, dia tidak pernah memarahinya sebaliknya bersyukur kerana yakin anaknya itu akan dapat membimbing adik-adiknya suatu hari nanti.

Kami harapkan suatu hari nanti hati Ziana akan terbuka untuk berhijab dan diharap agar peminat juga mendoakan yang sama.

lelaki Hilang 6 Tahun Ditemui Dalam YouTube



Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi yang cacat mental dan hilang hampir enam tahun lalu berjaya dijejaki oleh keluarganya apabila dia muncul dalam YouTube.

Keluarganya yang menonton rakaman yang menunjukkan dia menari berjaya menjejakinya di Yaman.

Nafei Al Daabali, 46, meninggalkan kediamannya di Al Lith enam tahun lalu dan sejak itu tidak pernah pulang.

Kehilangannya mendorong polis dan ahli keluarga melancarkan operasi mencari secara besar-besaran di seluruh negara tetapi gagal mengesannya. Pihak berkuasa Saudi kini berusaha untuk membawanya pulang dengan bantuan polis Yaman dan menyiasat bagaimana dia boleh menyeberang sempadan ke negara itu tanpa pasport.

Seorang ahli keluarganya berkata, Nafei nampak tidak sihat kerana menghadapi masalah fizikal dan psikologi. - AFP

Sumber: Harian Metro

Pokok Manchineel Paling Beracun Di Dunia


Pokok bernama Manchineel diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records . Kerana berbahaya , pokok ini diberi papan peringatan yang ketara agar orang tidak menghampiri .

Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga digalakkan untuk menjaga jarak dengan pokok itu . Buahnya mirip epal kecil , tapi hanya menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU . Tak hairan buah itu dinamakan manzanita de la muerte alias buah kematian oleh Christopher Columbus .

Nicola H Strickland , perunding radiologi , pernah menjadi mangsa racun pada buahnya yang ternyata rasanya manis . " Lama - lama ada rasa pedas aneh di mulut yang berkembang menjadi terbakar seperti tekak dirobek dan sesak nafas , " tuturnya . Kesannya berlangsung 2 jam yang membuatnya tidak boleh menelan apa-apa dan perlu 8 jam untuk reda kembali ke normal .

Tak hanya buah , getah putih susu pada batangnya juga sangat beracun yang setitisnya saja boleh menyebabkan kulit melecet , bengkak atau luka bakar . Banyak traveller yang mengalaminya saat berteduh dari hujan di bawah Manchineel kerana tidak tahu bahayanya . Getah dari batang yang terbawa titisan hujan pun juga menyebabkan luka .

Manchineel berwana hijau terang , daun bujur dan boleh tumbuh setinggi 50 kaki serta menggunakan buah yang manis sebagai perangkap . Jenis ini biasanya tumbuh di Bahamas , Florida dan Caribbean . Asap dari bahagian Manchineel yang terbakar bahkan juga boleh menyebabkan kebutaan sementara hingga kekal .

Sumber: wowkeren.com

Dicerai suami sebulan selepas nikah dengan alasan "kulit gelap"

KANGAR: “Hanya kerana warna kulit perempuan lain didakwa lebih cantik, dia sanggup menceraikan saya walaupun kami baru sebulan diijab kabul.”

Begitu pengakuan Husna, 26, (bukan nama sebenar), seorang janda muda selepas perkahwinan dengan bekas suaminya yang juga penjawat awam, musnah disebabkan warna kulitnya lebih gelap berbanding wanita yang baru ditemui lelaki itu.

Menurutnya, detik percintaan mereka selama lebih enam tahun amat membahagiakan sebelum mengambil keputusan berkahwin ketika dia berusia 24 tahun pada Januari 2012 lalu dan suaminya yang kini berusia 26 tahun itu pulang bercuti kerana bertugas di Sarawak.

Husna berkata, impiannya untuk melihat jodoh mereka berkekalan sehingga akhir hayat tidak kesampaian apabila ia berakhir tanpa dijangka.

“Segala kemelut rumah tangga bermula apabila suami kembali semula bertugas di Malaysia Timur selepas dia tidak lagi menghubungi saya yang juga isterinya.

Husna, 24 tahun
“Dia sering memberi alasan mempunyai banyak kerja hingga tidak sempat menghubungi saya.

Akibat itu, saya nekad pergi berjumpanya di Sarawak dengan hanya mempunyai wang untuk membeli tiket penerbangan pulang saja.

“Sebaik tiba di sana, saya tidak menghubunginya kerana mahu membuat kejutan, tetapi saya pula yang terkejut apabila melihat dia bersama perempuan lain.

Dia memaklumkan wanita berasal dari Sarawak itu adalah calon isterinya dan dia terus menceraikan saya ketika itu juga,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, dia terkedu dengan lafaz talak satu yang diucapkan bekas suaminya kerana tidak menyangka lelaki terbabit mempunyai perempuan lain dan turut bercadang untuk berkahwin.

“Pengalaman hidup ini secara tidak langsung mematangkan diri saya, dan akan lebih berhati-hati apabila didekati lelaki bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali,” katanya. -Harian Metro

GEMPAR! AIR LAUT MEMBEKU DI PAKISTAN


Pernahkah anda terfikir di tepi pantai laut, tiba-tiba lautan menjadi beku? Dengan kekuasaan Allah, sebuah lautan yang penuh air boleh menjadi beku. Wah! teruja tapi menakutkan pula difikirkan tentang kejadian pelik ini. Hakikatnya apa saja boleh terjadi. Gambar pelik di bawah merupakan gambar dari sebuah laut yang menjadi beku. Lokasi lautan beku ini terletak di negara Pakistan. Betul ke Pakistan??

Walaubagaimanapun terdapat sumber mengatakan ini ialah lautan di Constanta, Romania di mana airnya adalah campuran air masin dan air tawar. Suhu disana sangat rendah sehingga sebahagian dari lautan tersebut membeku. Jom kita tengok kejadian pelik laut misteri yang membeku secara tiba-tiba ini.










sumber: cincinbelahrotanku.blogspot.com

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH, BRAZIL JADI KUTUB UTARA INDIA JADI KUTUB SELATAN

 
Brazil jadi Kutub Utara manakala India jadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka membeku 2015?

ARTIKEL DIPETIK DARI idasyuhada.blogspot.com

Manusia suka kepada perkara ganjil. Bersediakah kita semua untuk menyaksikan fenomena yang menakutkan? Kata Nabi saw :apabila mendengar berita tentang "Pemuda Bani Tamin dan Bendera Hitam dari Timur", segeralah kamu ... walau terpaksa merangkak di atas "salji" maka, hadis berkenaan menceritakan tentang kesusahan merangkak atas "salji" (salji tebal). Pada asalnya kita anggap ia (hadis) hanya untuk negara Russia atau negara2 sejuk.Ia amat janggal bagi umat Islam di tanah Arab dan Asia Tenggara. Amat tidak munasabah bagi kita di Asia Tenggara ini.

Tetapi bayangan mengenai salji itu seolah menceritakan kesusahan yang bakal terjadi (kepada umat Islam) kerana salji menutupi bumi. Memandangkan majoriti penganut Islam berada di daerah panas termasuk kita di Malaysia, ia cukup mencabar akal kita. Rasulullah saw adalah benar, baginda tahu apa yang kita tidak tahu.

Kini semakin hari semakin jelas perubahan sedang berlaku dimana negara yang dahulunya bercuaca panas pasti akan beralih menjadi negeri bersalji satu hari nanti. Kebenaran hadis tersebut semakin nyata.

Jangan panik atas kejadian di Mesir dan Vietnam. Malaysia juga bakal menerima nasib sama malah mungkin lebih teruk darinya satu hari nanti. Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Maha Adil. Kenyataan alHadis: "matahari akan keluar dari Barat" akan berlaku melalui satu kejadian peralihan kutub dari utara ke selatan begitulah sebaliknya. Jika ingin ditafsirkan bahawa kiamat semakin dekat, tiada salahnya. Sememangnya kiamat semakin hampir bukannya semakin menjauh.

MATAHARI AKAN KELUAR DARI BARAT, PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH


Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.

Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.

Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir.

Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa pula berada di Antartika


Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air

Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku?

Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.

Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W "
“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”

Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.

Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.

Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. 


Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.

Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. (Persoalan yang mungkin timbul ialah, jika sekiranya India menjadi kutub nanti bagaimanakah caranya kita hendak pergi ke Makkah? Laut sekitar India telah membeku, menghalang lalulintas laut. Penggunaan kapal terbang juga terganggu kerana kabus tebal. Mungkinkah kita perlu berjalan kaki mengharung salji untuk ke sana?)

Apapun kita tahu Allah Maha Adil, Tambahlah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.

- Harakatul Muqawamatul Islamiyyah

KONTROVERSI DUNIA POLITIK & KESULTANAN MELAKA! TWEET 'SULTAN MELAKA' BERKENAN MEMPERISTERIKAN NURUL IZZAH

 
Belum sampai 24 jam berita mengenai Nurul Izzah didakwa memohon cerai dari suaminya, timbul pula kenyataan dari 'Sultan Melaka'.

'Sultan Melaka' Raja Noor Jan Shah melalui twitternya melamar Nurul Izzah secara terbuka tanpa segan silu.

Dalam tweetnya itu juga, dia amat berharap agar Anwar Ibrahim sudi menjadi bapa mertuanya. Kenyataan tweet 'Sultan Melaka' itu dikaitkan terus ke akaun twitter Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim. 

Benarlah kata orang, lelaki yang mengaku sebagai 'Sultan Melaka' ini mempunyai masalah mental. Menurut sumber penulis, dia juga sebenarnya waras. Hanya kerana dipengaruhi oleh beberapa orang rakannya yang berstatuskan ahli perniagaan, maka dia akhirnya percaya dan mula mempengaruh orang di sekelilingnya bahawa dirinya adalah pewaris Sultan Melaka yang sebenar.

WOW! SULTAN JOHOR MENANG BIDAAN NO. PLAT W1N RM748 RIBU, LETAK PADA PROTON SUPRIMA S


Whoaa! Sultan Johor sekali lagi membuat kejutan mengenai No Plat termahal di Malaysia ketika ini! Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjaya memenangi tender no Plat W1N dengan harga RM 748,000.00.

Jika anda beranggapan no plat yang mahal untuk kereta yang mahal ternyata ada silap besar. Sultan Ibrahim telah meletakkan no Plat W1N pada kereta Proton Suprima S. Jauh lebih murah daripada harga no plat itu sendiri!

Senarai Pemenang No Plat W-N

Namun, menurut Sultan Ibrahim dalam akhbar New Straits Times, baginda tidak kisah membayar sebegitu mahal kerana tahu wang itu akan disalurkan kepada rakyat juga. 

"Beta diberitahu ada beberapa bidders yang berminat untuk plat W1N"

"Beta tak kisah membayar plat number itu kerana Beta tahu jumlah bayaran itu akan disalurkan kembali kepada rakyat" 

Tambah Sultan Ibrahim lagi, baginda bukanlah seorang yang melanggar procedure untuk mendapatkan sesuatu. Ia adalah sifat orang Johor untuk membayar apa yang dikehendaki kerana setiap orang perlu ada peluang yang adil.

Pada bulan Mei tahun lalu, Sultan Ibrahim turut memenangi tender No Plat WWW1. Ketika itu ramai yang mempertikaikan tindakan baginda Raja termasuk pemimpin politik Pembangkang.


"RM520K utk no plate www1, Xkan nak letak kat kereta proton atau motor kut?" Kata YB Nizar memperlekeh pembelian no plat itu.

Namun, tweet YB Mohammad Nizar menjadi troll di media sosial apabila baginda Sultan Ibrahim meletakkan No Plat WWW1 pada kereta Proton Satria Neo. 

                                   


CUBAAN MENCURI JASAD RASULULLAH S.A.W DARI MAKAM BAGINDA

Percaya atau tidak, ternyata jasad nabi Muhammad SAW hampir pernah terusik dan nyaris dicuri oleh orang kafir laknatullah. Sebelum akhirnya Allah menyelamatkannya dari rancangan jahat tersebut.

Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh.

Peristiwa ini berlatarbelakangkan kondisi umat islam pada zaman dinasti Abbasiyah di Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin melemah dan berdirinya beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah baru. 

Tentunya hal ini tak disia-siakan begitu sahaja oleh orang-orang nasrani yang merasa kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan membuat umat Islam jatuh ada di depan mata.

Secara diam-diam mereka telah menyusun rancangan untuk mencuri jasad Nabi Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi itu mereka laksanakan bertepatan dengan musim haji. Di mana pada musim itu banyak jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji.

Kedua-dua orang nasrani ini menyamar sebagai jemaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Morocco. Mereka ditugaskan untuk melakukan pengintipan awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW.

Setelah melakukan kajian, kedua-dua kafir ini memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam bilik itu menuju makam Rasulullah.

Belum sampai pada akhir penggalian, rancangan tersebut telah digagalkan oleh Allah melalui seorang hamba yang akhirnya mengetahui rancangan busuk itu.

Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam ketika itu yang mendapatkan petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah.

Sultan mengaku bermimpi bertemu dengan Rasulullah sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan menyebut: “ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.” Sultan terbangun dalam keadaan gelisah lalu beliau melaksanakan solat malam dan kembali tidur. Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah hingga tiga kali dalam satu malam.

Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari Damascus ke Madinah yang memakan waktu 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, sultan langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi SAW. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam Nabi SAW.

Lalu menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? “Iya”, jawab Sultan Mahmud.

Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaludin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membahagikan hadiah berupa bahan makanan sambil mencermati wajah orang yang muncul dalam mimpinya. Namun sultan tidak menjumpai mereka. Lalu menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi. “Apakah di antara kalian masih ada yang belum mendapat hadiah dari Sultan?”

Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah dari Sultan, kecuali dua orang dari Morocco tersebut yang belum mengambil hadiah sedikitpun. Keduanya orang soleh yang selalu berjemaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.

Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua-dua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya sultan, melihat bahawa kedua-dua orang itu adalah orang yang dilihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jemaah dari Andalusia Sepanyol. Meskipun sultan sudah mendesak bertanya tentang aktiviti mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu mengaku. Sehingga sultan meninggalkan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan penjagaan yang ketat.

Kemudian sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua-dua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang di temuinya adalah longgokan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu sultan berkeliling ke bilik sebelah. 


Ketika itu Allah memberikan ilham, sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut. Masya Allah, Subhanallah, ditemukan sebuah papan yang di dalamnya terdapat sebuah lorong panjang, dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam Nabi Muhammad.

Seketika itu juga, sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut perang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropah untuk mencuri jasad Nabi SAW. Pada pagi harinya, kedua-duanya dijatuhi hukuman pancung berdekatan pintu timur makam Nabi SAW. Kemudian sultan Mahmud memerintahkan penggalian parit di sekitar makam Rasulullah dan mengisinya dengan timah. Setelah pembangunan selesai, sultan Mahmud dan rombongan pulang ke negeri Syam untuk kembali memimpin kerajaannya.

MasyaAllah, tabarakallah, menitis air mata membaca cerita ini..

ISTERI "RESTU" AWIE BERCINTA SEMULA DENGAN ERRA FAZIRA

 
 
Penyanyi & pelakon, Awie lega apabila mendapat persetujuan daripada isterinya, Rozana Misbun, untuk ‘bercinta semula’ dengan Erra Fazira. 

Namun hubungan tersebut hanyalah sekadar mengamit semula nostalgia filem yang fenomena sekitar tahun 90-an iaitu Sembilu dan Sembilu 2 yang akan dipertontonkan dalam satu pementasan teater muzikal bertajuk Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’. Pementasan konsert berkenaan merupakan cetusan idea daripada Awie sendiri. 

“Sebelum memulakan langkah, orang pertama saya jumpa ialah isteri saya, Rozana. Saya beritahu dia tentang idea projek ni. Saya tahu yang saya harus jaga perasaan dia malah perasaan ramai orang” 

“Mula-mula tu dia terperanjat juga lah. Tapi saya berterima kasih kepada dia kerana memberi saya lampu hijau. Katanya demi kerja dan karya, kenapa tidak. Lagipun dia adalah peminat Erra dan Ziana,” kata Awie ketika di sidang media pengumuman konsert berkenaan, bertempat di Istana Budaya, semalam. 

Tambah vokalis kumpulan Wings ini lagi, selepas ‘mendapat restu’ daripada isterinya, beliau yang kebetulan berjumpa dengan Ziana Zain sewaktu di sebuah acara, terus menyuarakan hasratnya kepada teman seangkatannya itu. Kelegaan kali kedua dirasai apabila penyanyi bersuara lantang itu menyambut baik idea projek tersebut. 

“Kemudian saya jumpa Ziana masa kami kebetulan buat show di sebuah acara. Saya beritahu dia tentang idea konsert ni dan dia terus setuju. Tapi dia bertanya kepada saya bagaimana pula dengan Erra. Ketika tu saya belum lagi berjumpa dengan Erra” 

“Sewaktu program saya, ‘Tunggu Sekejap’ pihak TV3 buat kejutan pada saya dengan mengundag Erra jadi tetamu program tu. Sewaktu itu saya suarakan hasrat saya. Tergagap-gagap jugalah saya nak akap dengan Erra. Tak sangka dia juga menyambut baik projek ni”, jelasnya sambil diperhatikan oleh Erra dan Ziana yang turut hadir pada sidang media berkenaan” 

Bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, pementasan selama 7 hari berturut-turut ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung yang pernah menggegarkan industri filem Malaysia dua dekad lalu iaitu ‘Sembilu’, ‘Sembilu 2′, ‘Tragedi Oktober’, ‘Maria Mariana 2′ dan ‘Merah’. 

Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sorotan babak-babak dari deretan filem tersebut sebagai teras dan latar penceritaan. 

Dalam pada itu, Awie juga menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk melakonkan semula babak-babak romantis sepertimana lakonanya dengan Erra di dalam filem Sembilu. Bahkan beliau bersedia menerima apa saja kritikan. 

“Lakonan hanyalah lakonan dan kami profesional. Mungkin lakonan kami akan jadi lebih daripada yang pernah kami lakonkan sewaktu dalam filem dulu. Dan saya sedia menerima apa saja kritikan baik atau buruk” 

“Konsert ni ada dua segmen. Pertama, kami bertiga akan mendedangkan lagu-lagu hit daripada album kami. Segmen kedua adalah teater muzikal. Kita ambil momen dan beberapa babak masterpiece dalam lima filem yang disebutkan dan kita pertontonkan semula pada peminat”, jelasnya sekaligus memberitahu simbolik judul ‘Suara Kita’ itu bermaksud suara mereka bertiga yang optimis untuk mengembalikan semula nostalgia para penonton” 

Menelan kos sebanyak RM1.4 juta, Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’ diterbitkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd. Konsert ini juga mendapat sentuhan Eirma Fatima sebagai Pengarah Bersama, penerbit acara berkaliber Azmi Zainal Abidin sebagai Pengarah Produksi dan komposer hebat Edrie Hashim sebagai pengarah muzik. 

Tambah menarik, konsert yang bakal berlangsung pada 3 hingga 9 Mac 2014 ini menerapkan tema elegan pada setiap inci persembahan, rekabentuk set di pentas dan paparan visual di skrin. 

Untuk memeriahkan lagi suasana dan menghargai peminat Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, para penonton yang membeli tiket berharga RM399 dan RM499 layak untuk mendapat jemputan khas majlis jamuan dan ramah mesra bersama 3 dia tersebut pada hari terakhir pementasan, 9 Januari 2014, jam 9 malam. Maklumat lanjut mengenai tiket-tiket, boleh layari www.ticket2u.biz. - ROTIKAYA